Wednesday, 4 December 2019

DIGITAL COMPETENCY SCORE (DCS) 2019

Pada awal bulan Oktober, Cikgu telah diberikan amanah dalam melaksanakan program Digital Competency Score (DCS) di bawah kelolaan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN). 
Cikgu telah memilih 40 murid dari tingkatan 5 Teratai dan 5 Petunia. 40 murid lagi dari tingkatan 3 yang kebetulan sedang mengikuti program Pasca PT3.
Sepanjang program ini, cikgu juga dibantu oleh 4 orang guru iaitu Pn. Deva, Pn. Razreena, Pn. Chong dan Pn. Hanina.
Cikgu memberikan penerangan DCS kepada murid tingkatan 5 Teratai dan 5 Petunia.

Murid tingkatan 5 Teratai dan 5 Petunia berusaha menamatkan permainan dalam masa yang telah ditetapkan.
Murid tingkatan 3 yang terlibat dalam program DCS semasa Pasca PT3.
Murid telah diuji dalam bentuk permainan yang menguji kemampuan aras kognitif mereka dalam menyelesaikan masalah. Cikgu teruja kerana melalui permainan ini juga murid telah diuji mengenai "coding" yang dahulunya merupakan sesuatu yang hanya dipelajari oleh pelajar IPT sahaja.
Alhamdullilah, SMK(P) Taman Petaling berjaya menghabiskan cabaran DCS 2019.

No comments:

Post a Comment

Hari Inovasi Nuklear Malaysia 2019