Pada 30 September 2019, Cikgu telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk mengendalikan Hour Of Code (HOC). Sebenarnya Cikgu dah dengar tentang HOC ni dah lama tapi tak sempat untuk diaplikasikan di sekolah, Jadi pada tahun ini, Cikgu telah menyahut cabaran pihak MDEC bagi melaksanakan HOC.
Pihak pentadbir sekolah telah menetapkan pada 2 minggu terakhir persekolahan ini digunakan oleh Cikgu dalam melaksanakan HOC disamping mengekalkan kehadiran murid ke sekolah. Biasa la, dah tinggal 3 minggu terakhir persekolahan, ramai murid yang dah bercuti awal. Hehehe...
Cikgu telah membuat jadual pelaksanaan HOC dan kali ini dibantu oleh Pn. Azwani (sedang mengandung kembar waktu ini tetapi komited dalam membantu.
Dalam HOC, murid akan bermain 4 permainan yang menguji mereka dalam bahasa pengaturcaraan (coding) iaitu
1. Minecraft – Level 1-12
2. Star Wars – Level 1 – 15
3. Flappy Bird – Level 1-10
4. Angry Birds – Level 1 – 20
2. Star Wars – Level 1 – 15
3. Flappy Bird – Level 1-10
4. Angry Birds – Level 1 – 20
Pada akhir permainan, murid akan mendapat sijil sebagai bukti penyertaan mereka dalam program HOC ini. Sapa tak mau main dapat sijil? Hehehe...
InshaALLAH, tahun depan kalau ada peluang kita main lagi permainan dalam program HOC ini.




No comments:
Post a Comment